Tuesday, July 13, 2010

Pertandingan Blog



Yes!Yes!Yes! PPU meraih kejayaan dalam pertandingan blog. Walaupun mendapat tempat ketiga kami tetap berpuas hati kerana kami tiada asas dalam penggunaan komputer dan pembinaan blog berbanding kelas Pengurusan Perniagaan. Disini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Rosmeza kerana sanggup meminjamkan kami komputer riba dan modem tanpa wayar untuk menjayakan blog ini. Juga terima kasih diucapkan diatas bimbingan cikgu dalam memberi idea-idea dan tunjuk ajar.

Dikesempatan ini, saya juga menyeru semua warga PPU agar sentiasa melayari blog ini untuk mendapatkan maklumat terkini dan memberi pendapat dan pandangan yang membina untuk manfaat kita semua.

Sunday, July 11, 2010

Ceramah Sempena Israk dan Mikraj.



9 Julai yang lalu pihak sekolah telah menjemput Ustaz Nur Salam - Pendakwah Bebas dari Indonesia untuk memberi ceramah agama sempena Sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah. Semua pelajar nampaknya khusyuk mengikuti ceramah yang diberi. Keinsafan terpancar di wajah pelajar-pelajar. Terutama ketika ustaz cilik(Omar Al Farouk) pula menyampaikan ceramahnya. Dalam diri kami bertanya, dimanakah kami disisi Allah yang Maha Esa. Terimakah amal kami selama ini. Sesungguhnya selepas ceramah, kami menyedari banyak kekurangan dalam diri yang harus diperbaiki.
Namun begitu, kami amat bersyukur kerana dapat mengamalkan ayat untuk kecerdasan otak iaitu Surah Annur ayat ke 35. Mudah-mudahan kami dan semua pelajar dapat mengaplikasikan ilmu dalam ceramah ini dalam kehidupan seharian dan seterusnya berjaya dalam Peperiksaan SPM 2010. Amin.....

Wednesday, July 7, 2010

Pertukaran Pelajar Bukit Tinggi, Indonesia.



Pada 5 Julai 2010, empat orang pelajar dari Bukit Tinggi, Indonesia membuat lawatan pertukaran pelajar ke SMV Ampangan. Mereka akan berada di sini dari 5hb hingga 13hb Julai 2010. Berbagai program diatur untuk mereka. Tapi......mereka tak masuk kelas kami. Tiada masa untuk berkenalan dengan mereka kerana semua orang sibuk dengan urusan masing-masing.
Paling seronok apabila mereka melawat ke bengkel kami. Semua pelajar amat peramah bertanya khabar dan memberi pose yang istimewa untuk mereka. Sayangnya kami tiada kamera kerana tidak menyangka lawatan mereka ke bengkel. Harap2 dapat sekeping dua salinan gambar dari Cikgu Yusoff nanti.
Kami dapat tahu, lawatan itu kerana mereka bakal mengadakan kursus PPU dan ABM di sana nanti. Cikgu Nazri nampaknya amat gembira dan menawarkan diri menjadi guru disana. Alah.......Cikgu Nazri janganlah pergi. Dah tak sayang kami lagi ke? Walaupun kami nakal, kami tetap sayang akan Cikgu Nazri.

Monday, July 5, 2010

Kejayaan demi kejayaan.

Ragbi 7NS

Eh, eh! Semakin ramai pulak pelajar-pelajar 5PPU yang semakin menonjol. Zulfitri (Itik) dan Zaidy Hairy Putra (Town) semakin terserlah dalam arena ragbi. Terbaru naib juara 7NS. Cayalah Itik dan Town. Tapi.........Itik dan Town jangan pandai main ragbi, je. Lepas ni korang kena study hard. Terutama Itik, terlalu banyak yang perlu dikejar. Town jangan nak tersengeh2 pulak. Kau kena gak up kan markah sebab banyak subjek yang cukup2 makan je. Hehehehehe.....



Kuiz Bahasa Inggeris




Yang paling kami tak sangka bila diumumkan Abdul Arif memenangi tempat pertama kuiz BI. Ha!, betul ke ni. Dah umum, betul la tu. Bukan apa, Arif ni selalu tak hadir, tiba2 pulak nama nya menang. Dia tak hadirpun sebab ada masalah keluarga, namun arif seorang pelajar yang baik. Selepas kena 'kaunseling' ngan cikgu Miza tempohari nampaknya ada perubahan. Harap2 perubahan positif hingga SPM. Ikhwanpun boleh tahan gak. Dapat tempat ke tiga.

Saturday, July 3, 2010

selamat menjalani kehidupan di asrama selama sebulan kepada pelajar asrama

salam kwn2...
herm.......
akhirnye kte akn mnjlani khdupan di asrama slame 1bln ..
semoga kte akn tabah dan brusaha utk mndpt kejayaan yg akn mmbanggakan semua..
mari kte brusaha..........
usaha...
usaha ppu.......
mari kte harumkn lg nme ppu.........