Tuesday, September 28, 2010

Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2010

Keputusan peperiksaan percubaan SPM 2010 agak mengecewakan guru2 kami. Usaha telah dilakukan namun masih tidak mencapai piawaian yang diinginkan. Minta maaf cikgu, kami akan cuba dengan lebih gigih lagi untuk mendapat keputusan yang lebih baik.

Untuk peperiksaan ini tempat pertama, Norasmirah Abas. Tempat kedua Mohammad Taufik dan tempat ketiga Zulfitri Mohd Shamsur. Tahniah, semoga terus meningkatkan prestasi pencapaian akademik yang cemerlang.

Semua pelajar 5PPU diseru belajar bersama2 dengan kawan2 yang lebih pandai agar peningkatan ilmu bertambah. Kita sudah tiada masa lagi untuk melengah2kan mengulangkaji pelajaran. Bagi mereka yang gagal, cepat2lah berusaha dengan bersungguh2 kerana masih ada sedikit masa untuk berjaya. Bagi mereka yang tak ingin dan tak berminat untuk belajar lagi, cepatlah sedar dan insaf. Janganlah jadi anak yang derhaka kepada ibu bapa. Berubahlah sesungguhnya nasib sesuatu bangsa itu terletak pada ketinggian ilmu bangsa itu sendiri.

No comments:

Post a Comment