Thursday, June 24, 2010

Kejayaan 5 PPU




Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas.

Setiap kali tiba waktu pengumuman kebersihan dan keceriaan kelas, semua orang telah maklum kelas kami pasti nombor satu. Semenjak dari tingkatan 4 hinggalah tingkatan 5. Kami tetap juara bertahan untuk ketegori kebersihan dan keceriaan kelas. Tahun 2009, kami telah memenangi johan kebersihan dan keceriaan kelas enam kali berturut-turut. Tidak kami sangka, Pengetua SMV Ampangan En Hasni bin Dolmat amat baik hati menghadiahkan tiket pelancongan kepada 5 PPU sempena kemenangan ini.Tahun 2010, hanya sekali tempat ketiga, namun kami mengejar dengan pantas merampas juara kebersihan dan keceriaan kelas empat kali berturut-turut. Tahun ini juga, setelah kami merisik khabar, sekiranya kami menang lima kali berturut-turut, habuan yang sama seperti tahun lepas akan diberi. Namun begitu, tahun ini pengetua menambah ganjaran dengan memberi jamuan makan tengahari kerana telah memenangi tiga kali berturut-turut. Terima kasih tuan pengetua, semoga rezeki tuan pengetua sentiasa melimpah-ruah. Amin........

No comments:

Post a Comment