Sunday, June 27, 2010

Tips Meningkatkan Jangka Hayat Penyamanan Udara Anda

Kelancaran fungsi sesuatu produk bergantung pada penyelenggaraan yang betul. Jadi, jika anda ada produk, anda perlu menjaganya dengan baik. Dalam penyamanan udara samada domestik atau komersial, tip-tip dibawah perlu diambil perhatian untuk memastikan prestasi dan ketahanlaskan produk tersebut.

1. Penapis penyamanan udara adalah komponen yang amat penting dalam sesebuah penyamanan udara. Ia perlu diganti setiap bulan atau dua bulan sekali bergantung pada penggunaannya. Jika tidak udara akan kotor atau penuh dengan pencemaran. Penapis penyamanan udara yang kotor juga akan meningkatkan kos membaikpulih dan penyelenggaraan.

2. Komponen lain yang penting ialah pemampat. Pemampat memampatkan gas bertekanan rendah,isipadu rendah dan suhu rendah ke tekanan tinggi, isipadu dan suhu tinggi yang diparlukan oleh penyamanan udara. Ia juga menyingkirkan wap daripada penyejat untuk mengekalkan titik didih yang rendah. Pastikan pemampat sentiasa dibersihkan untuk mendapatkan udara yang segar dan dingin. Minyak khas untuk pemampat perlu digunakan untuk jangka hayat yang lama.

3. Bila udara melalui sistem, penyejat akan menyerap haba untuk membekalkan udara sejuk ke dalam bilik. Gantikan gegelung penyejat yang lama untuk meningkatkan aliran udara dan pusingan udara dalam bilik.

4. Pembersihan salur udara juga perlu dalam penyelenggaraan penyamanan udara. Dalam sistem penyamanan udara, salur udara dibentangkan ke seluruh rumah untuk memastikan ruang dingin dan selesa. Dengan itu, salur udara perlu dibersihkan sentiasa untuk membuang habuk yang terkumpul pada salur udara.

5. Semua sistem penyamanan udara menggunakan bahan pendingin untuk menyerap haba dan membekalkan udara dingin ke dalam rumah. Kadang-kadang mungkin ada kebocoran. Dengan itu syarikat penyamanan udara atau juruteknik yang boleh dipercayai hendaklah dihubungi untuk membaiki penyaman udara anda.

6. Kadang-kadang kemungkinan ada masalah yang berkaitan dengan pemanasan pada penyamanan udara. Anda perlu membersihkan penapis udara. Jika masalah masih berterusan, maka perlulah menghubungi juruteknik penyamanan udara.

7. Dalam keadaan tertentu, terjadinya ais pada gegelung dan tiada udara sejuk keluar dari penyamanan udara walaupun penapis baru dibersihkan. Ini bermaksud, bahan pendingin tidak mencukupi dan perlu ditambahkan atau diganti.

No comments:

Post a Comment