Wednesday, November 24, 2010

Hari Yang Mendebarkan Telah Tiba!!!...

Assalamualaikum.......

Akhirnya hari yang sungguh mendebarkan telah tiba.
Kepada semua guru-guru yang mengajar kami harap ampunkan dosa-dosa kami.Halalkanlah segala ilmu dan makan-minum kami selama ini.Sesungguhnya kami amat berterima kasih diatas segala pengorbanan yang semua guru lakukan terhadap kami. Siang dan malam guru-guru tidak pernah jemu-jemu mendidik kami disekolah.InsyaAllah segala pengorbanan guru-guru akan terbalas jua hendaknya.

Guru-guru yang kami sayangi, doakanlah kejayaan yang cemerlang buat kami dalam SPM 2010 ini.Walaupun ada diantara kami yang masih berdegil dan menyakitkan hati guru-guru, ampunilah mereka.Semoga satu hari nanti mereka akan menyesal dan berubah menjadi anak yang berjaya dalam kerjaya masing-masing. InsyaAllah.....

Kesimpulannya, tiada kata yang dapat diungkaikan atas segala pengorbanan yang semua guru curahkan kepada kami. Kami akan cuba sedaya upaya untuk memberi kejayaan yang cemerlang untuk ibu-bapa dan guru-guru.Namun begitu, jika kami gagal mengembirakan hati guru-guru, maaf jua yang dipinta.

Sekian. Terima kasih guru-guru yang amat kami sayangi.

Wednesday, October 27, 2010

Cameron Highland here we come

hari yang telah lama dinanti-nantikan
semua warga 5PPU berangkat ke CAMERON HIGHLAND
seramai 25 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring
dan 3 orang anak guru pengiring kami

Friday, October 1, 2010

Beraya di Cameron Highland......

Ye!!!!......
Terima kasih Pengetua..........
Kami dapat hadiah beraye di cameron......
Nasihat kami kepada semua junior, jagalah kebersihan dan keceriaan kelas agar kita selesa menghadapi pembelajaran harian. Jangan harapkan kemenangan kerana jika kalah kita akan mudah putus asa. Namun begitu, habuan yang diterima adalah bonus......

Tuesday, September 28, 2010

Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2010

Keputusan peperiksaan percubaan SPM 2010 agak mengecewakan guru2 kami. Usaha telah dilakukan namun masih tidak mencapai piawaian yang diinginkan. Minta maaf cikgu, kami akan cuba dengan lebih gigih lagi untuk mendapat keputusan yang lebih baik.

Untuk peperiksaan ini tempat pertama, Norasmirah Abas. Tempat kedua Mohammad Taufik dan tempat ketiga Zulfitri Mohd Shamsur. Tahniah, semoga terus meningkatkan prestasi pencapaian akademik yang cemerlang.

Semua pelajar 5PPU diseru belajar bersama2 dengan kawan2 yang lebih pandai agar peningkatan ilmu bertambah. Kita sudah tiada masa lagi untuk melengah2kan mengulangkaji pelajaran. Bagi mereka yang gagal, cepat2lah berusaha dengan bersungguh2 kerana masih ada sedikit masa untuk berjaya. Bagi mereka yang tak ingin dan tak berminat untuk belajar lagi, cepatlah sedar dan insaf. Janganlah jadi anak yang derhaka kepada ibu bapa. Berubahlah sesungguhnya nasib sesuatu bangsa itu terletak pada ketinggian ilmu bangsa itu sendiri.

Sunday, August 15, 2010

Minggu Peperiksaan Percubaan SPM 2010



Hari ni bermulalah debaran semua pelajar 5PPU. Minggu peperiksaan percubaan telah bermula. hahhhhh...takutnya.....Harapan kami semua semoga kami boleh menjawab semua soalan yang diberi. Inilah masanya kami menilai prestasi diri sendiri.Sejauh mana tahap pencapaian kami sebelum peperiksaan SPM sebenar nanti.
Ya Allah, berikanlah kejayaan yang cemerlang kepada kami dalam Peperiksaan Spm 2010. Permudahkanlah segala urusan kami dan bantulah kami sekiranya kami menghadapi masalah sepanjang peperiksaan nanti.
Amin.....

Wednesday, August 11, 2010

Up PPU, Up,Up,Upppp......

PPU berjaya lagiiiii.....
Hari yang membahagiakan lagi buat Cikgu Zainal selaku Ketua Bengkel PPU dan semua warga PPU.
5PPU diumumkan sebagai Johan bagi Sudut Bacaan sempena Minggu PSS.
Amirul Al-Fadzli(5PPU) diumumkan sebagai Pelajar Budiman dan Muhammad Sadiq memenangi Kuiz sempena Minggu Pendidikan Islam dan Dakwah.
Alhamdulillah......semoga kejayaan demi kejayaan akan terus kami perolehi dan mengharumkan nama PPU SMV Ampangan. InsyaAllah......

Saturday, August 7, 2010

kami bru lps alik dri gotong royong bengkel ppu.....

salam......
huh.........
pnt btl td brsihkn bengkel......
alhamdulilah..
bengkel kami da cantik.....................................
terima kasih kt smue yg dtg benkel td.................
kami da blik kt uma..........

Friday, August 6, 2010

Rindunyaaaaa.......

Assalamualaikum!!!!.....

Terlebih dahulu, asmirin ingin memohon maaf sebab dah lama tak update blog ni. Sorry.....sangat-sangat. Kami sedang sibuk mengulangkaji...........

Dah hampir 2 bulan kami tak balik kampung, rindunya.......Bertambah sedih, kami menyambut Ramadhan di asrama. Tanpa ibu dan ayah.Hua.....hua....hua......:(
Makkkkk......Ayahhhh......kami rinduuuuu.......
Namun percayalah mak dan ayah, kami sedang berjuang habis-habisan untuk SPM 2010 ni. Kami sanggup berkorban demi mak, ayah dan masa depan kami.
Mak....Ayah.....doakanlah kejayaan yang cemerlang untuk anakmu ini.
Untuk guru-guru, percayalah kami sedang berusaha untuk yang terbaik supaya guru-guru dapat berbangga dengan kejayaan kami. InsyaAllah, doakanlah kejayaan kami cikgu.

Rasanya.....cukup lah sampai kat sini dulu ye.....nanti kita jumpa lagi.
Bye!!!!!.......

Tuesday, July 13, 2010

Pertandingan Blog



Yes!Yes!Yes! PPU meraih kejayaan dalam pertandingan blog. Walaupun mendapat tempat ketiga kami tetap berpuas hati kerana kami tiada asas dalam penggunaan komputer dan pembinaan blog berbanding kelas Pengurusan Perniagaan. Disini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Rosmeza kerana sanggup meminjamkan kami komputer riba dan modem tanpa wayar untuk menjayakan blog ini. Juga terima kasih diucapkan diatas bimbingan cikgu dalam memberi idea-idea dan tunjuk ajar.

Dikesempatan ini, saya juga menyeru semua warga PPU agar sentiasa melayari blog ini untuk mendapatkan maklumat terkini dan memberi pendapat dan pandangan yang membina untuk manfaat kita semua.

Sunday, July 11, 2010

Ceramah Sempena Israk dan Mikraj.



9 Julai yang lalu pihak sekolah telah menjemput Ustaz Nur Salam - Pendakwah Bebas dari Indonesia untuk memberi ceramah agama sempena Sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah. Semua pelajar nampaknya khusyuk mengikuti ceramah yang diberi. Keinsafan terpancar di wajah pelajar-pelajar. Terutama ketika ustaz cilik(Omar Al Farouk) pula menyampaikan ceramahnya. Dalam diri kami bertanya, dimanakah kami disisi Allah yang Maha Esa. Terimakah amal kami selama ini. Sesungguhnya selepas ceramah, kami menyedari banyak kekurangan dalam diri yang harus diperbaiki.
Namun begitu, kami amat bersyukur kerana dapat mengamalkan ayat untuk kecerdasan otak iaitu Surah Annur ayat ke 35. Mudah-mudahan kami dan semua pelajar dapat mengaplikasikan ilmu dalam ceramah ini dalam kehidupan seharian dan seterusnya berjaya dalam Peperiksaan SPM 2010. Amin.....

Wednesday, July 7, 2010

Pertukaran Pelajar Bukit Tinggi, Indonesia.



Pada 5 Julai 2010, empat orang pelajar dari Bukit Tinggi, Indonesia membuat lawatan pertukaran pelajar ke SMV Ampangan. Mereka akan berada di sini dari 5hb hingga 13hb Julai 2010. Berbagai program diatur untuk mereka. Tapi......mereka tak masuk kelas kami. Tiada masa untuk berkenalan dengan mereka kerana semua orang sibuk dengan urusan masing-masing.
Paling seronok apabila mereka melawat ke bengkel kami. Semua pelajar amat peramah bertanya khabar dan memberi pose yang istimewa untuk mereka. Sayangnya kami tiada kamera kerana tidak menyangka lawatan mereka ke bengkel. Harap2 dapat sekeping dua salinan gambar dari Cikgu Yusoff nanti.
Kami dapat tahu, lawatan itu kerana mereka bakal mengadakan kursus PPU dan ABM di sana nanti. Cikgu Nazri nampaknya amat gembira dan menawarkan diri menjadi guru disana. Alah.......Cikgu Nazri janganlah pergi. Dah tak sayang kami lagi ke? Walaupun kami nakal, kami tetap sayang akan Cikgu Nazri.

Monday, July 5, 2010

Kejayaan demi kejayaan.

Ragbi 7NS

Eh, eh! Semakin ramai pulak pelajar-pelajar 5PPU yang semakin menonjol. Zulfitri (Itik) dan Zaidy Hairy Putra (Town) semakin terserlah dalam arena ragbi. Terbaru naib juara 7NS. Cayalah Itik dan Town. Tapi.........Itik dan Town jangan pandai main ragbi, je. Lepas ni korang kena study hard. Terutama Itik, terlalu banyak yang perlu dikejar. Town jangan nak tersengeh2 pulak. Kau kena gak up kan markah sebab banyak subjek yang cukup2 makan je. Hehehehehe.....



Kuiz Bahasa Inggeris




Yang paling kami tak sangka bila diumumkan Abdul Arif memenangi tempat pertama kuiz BI. Ha!, betul ke ni. Dah umum, betul la tu. Bukan apa, Arif ni selalu tak hadir, tiba2 pulak nama nya menang. Dia tak hadirpun sebab ada masalah keluarga, namun arif seorang pelajar yang baik. Selepas kena 'kaunseling' ngan cikgu Miza tempohari nampaknya ada perubahan. Harap2 perubahan positif hingga SPM. Ikhwanpun boleh tahan gak. Dapat tempat ke tiga.

Saturday, July 3, 2010

selamat menjalani kehidupan di asrama selama sebulan kepada pelajar asrama

salam kwn2...
herm.......
akhirnye kte akn mnjlani khdupan di asrama slame 1bln ..
semoga kte akn tabah dan brusaha utk mndpt kejayaan yg akn mmbanggakan semua..
mari kte brusaha..........
usaha...
usaha ppu.......
mari kte harumkn lg nme ppu.........

Wednesday, June 30, 2010

Dilarang Menghidupkan Pendingin Hawa Sebaik Menaiki Kereta.

Peringatan!!!.....



  • Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari bahan plastik didalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang , menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukimia, meningkatkan risiko menghadapi kanser disamping punca keguguran.



  • Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparking di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400 - 800mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap tertutup pada suhu 60 darjah Fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkat dan penumpang didalamnya akan menyedut toksik yang berlebih-lebihan secara tidak sedar.



  • Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara didalam kereta beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggan dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut.

Monday, June 28, 2010

Kami Berjaya Lagi!!!......


Yaaaa.......Hooooo........, Yaaaa......Hooooo........
Yes!!!.....akhirnya matlamat kami tercapai. Kami telah berjaya mengekalkan kejayaan johan bertahan untuk Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan kelas 5 kali berturut-turut. Alhamdulillah....... Berkat usaha dan kerjasama dari semua pelajar dan guru, akhirnya berjaya juga. Maka dengan itu, kami adalah Juara Kebersihan dan Keceriaan Kelas bagi tahun 2009 dan 2010.

Paling enaknya, hadiah tiket pelancongan telah diumumkan secara rasmi di perhimpunan mingguan oleh Pengetua. For sure lah lawatan itu sudah pasti. Terima kasih Pengetua.......semoga Pengetua kita sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah. Amin......

Pening pulak kepala memikirkan kemana kami hendak melawat. Ada yang nak pergi Genting, ada yang nak pergi Cameron Highland, ada yang nak pergi Langkawi. Hai macam-macam. Hem!....... Akhirnya kami membuat keputusan menyenaraikan tempat lawatan yang ingin dilawati dan objektif kami memilih lawatan tersebut. Terpulanglah kepada Mama Miza, Mummy Hasleena dan Papa Azmi menentukannya. Apa yang penting kami dapat melancong.

Sunday, June 27, 2010

Tips Meningkatkan Jangka Hayat Penyamanan Udara Anda

Kelancaran fungsi sesuatu produk bergantung pada penyelenggaraan yang betul. Jadi, jika anda ada produk, anda perlu menjaganya dengan baik. Dalam penyamanan udara samada domestik atau komersial, tip-tip dibawah perlu diambil perhatian untuk memastikan prestasi dan ketahanlaskan produk tersebut.

1. Penapis penyamanan udara adalah komponen yang amat penting dalam sesebuah penyamanan udara. Ia perlu diganti setiap bulan atau dua bulan sekali bergantung pada penggunaannya. Jika tidak udara akan kotor atau penuh dengan pencemaran. Penapis penyamanan udara yang kotor juga akan meningkatkan kos membaikpulih dan penyelenggaraan.

2. Komponen lain yang penting ialah pemampat. Pemampat memampatkan gas bertekanan rendah,isipadu rendah dan suhu rendah ke tekanan tinggi, isipadu dan suhu tinggi yang diparlukan oleh penyamanan udara. Ia juga menyingkirkan wap daripada penyejat untuk mengekalkan titik didih yang rendah. Pastikan pemampat sentiasa dibersihkan untuk mendapatkan udara yang segar dan dingin. Minyak khas untuk pemampat perlu digunakan untuk jangka hayat yang lama.

3. Bila udara melalui sistem, penyejat akan menyerap haba untuk membekalkan udara sejuk ke dalam bilik. Gantikan gegelung penyejat yang lama untuk meningkatkan aliran udara dan pusingan udara dalam bilik.

4. Pembersihan salur udara juga perlu dalam penyelenggaraan penyamanan udara. Dalam sistem penyamanan udara, salur udara dibentangkan ke seluruh rumah untuk memastikan ruang dingin dan selesa. Dengan itu, salur udara perlu dibersihkan sentiasa untuk membuang habuk yang terkumpul pada salur udara.

5. Semua sistem penyamanan udara menggunakan bahan pendingin untuk menyerap haba dan membekalkan udara dingin ke dalam rumah. Kadang-kadang mungkin ada kebocoran. Dengan itu syarikat penyamanan udara atau juruteknik yang boleh dipercayai hendaklah dihubungi untuk membaiki penyaman udara anda.

6. Kadang-kadang kemungkinan ada masalah yang berkaitan dengan pemanasan pada penyamanan udara. Anda perlu membersihkan penapis udara. Jika masalah masih berterusan, maka perlulah menghubungi juruteknik penyamanan udara.

7. Dalam keadaan tertentu, terjadinya ais pada gegelung dan tiada udara sejuk keluar dari penyamanan udara walaupun penapis baru dibersihkan. Ini bermaksud, bahan pendingin tidak mencukupi dan perlu ditambahkan atau diganti.

Saturday, June 26, 2010

Realease Tension.



Ahhhhh.......hilang sejenak kusut dikepala. Selama sminggu ni jenuh kena denda dan menyiapkan kerja sekolah yang tertangguh. So untuk realease tension kami menyertai pertandingan bowling anjuran asrama smva. Walaupun tak ramai yang menyertai pertandingan ini kami tetap happy kerana yang pergi rata-rata tak memeningkan kepala cikgu Lin. Tak lama kemudian cikgu Miza pun datang. Aik???....cikgu Miza pun main bowling??......Boleh tahan. Akhirnya, saat mengira markah, ahhhhh.....camne boleh kalah ni??.........Takpe,takpe.....yang penting kami seronok dan inilah masanya dapat berhibur dengan kawan-kawan dan guru-guru. Terima kasih cikgu kerana anjurkan aktiviti-aktiviti begini untuk penghuni asrama. Lepas ni program apa pulak, ek?

Thursday, June 24, 2010

Kejayaan 5 PPU




Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas.

Setiap kali tiba waktu pengumuman kebersihan dan keceriaan kelas, semua orang telah maklum kelas kami pasti nombor satu. Semenjak dari tingkatan 4 hinggalah tingkatan 5. Kami tetap juara bertahan untuk ketegori kebersihan dan keceriaan kelas. Tahun 2009, kami telah memenangi johan kebersihan dan keceriaan kelas enam kali berturut-turut. Tidak kami sangka, Pengetua SMV Ampangan En Hasni bin Dolmat amat baik hati menghadiahkan tiket pelancongan kepada 5 PPU sempena kemenangan ini.Tahun 2010, hanya sekali tempat ketiga, namun kami mengejar dengan pantas merampas juara kebersihan dan keceriaan kelas empat kali berturut-turut. Tahun ini juga, setelah kami merisik khabar, sekiranya kami menang lima kali berturut-turut, habuan yang sama seperti tahun lepas akan diberi. Namun begitu, tahun ini pengetua menambah ganjaran dengan memberi jamuan makan tengahari kerana telah memenangi tiga kali berturut-turut. Terima kasih tuan pengetua, semoga rezeki tuan pengetua sentiasa melimpah-ruah. Amin........

Wednesday, June 23, 2010

Aktiviti Sepanjang Bulan Jun 2010

Minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun.
Minggu peperiksaan pertengahan tahun amat menguji minda kami. Kami perlu bertungkus-lumus mengulangkaji. Peperiksaan ini amat menghampiri peperiksaan sebenar SPM. Ya Allah, berilah kejayaan yang cemerlang kepada semua pelajar 5PPU didalam SPM 2010 ini. Kami akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan atau sekurang-kurangnya mengekalkan gred purata Panitia PPU. (18 Mei - 27 Mei 2010)

Mematuhi Jadual bertugas.
Semua pelajar sentiasa mematuhi jadual bertugas mingguan untuk memastikan kebersihan dan keceriaan. Sebelum waktu pembelajaran, Mama Miza sentiasa datang memeriksa tahap kebersihan kelas. Waktu rehat pula, Papa Azmi pula datang memeriksa tahap keceriaan kelas. Antara waktu pembelajaran, Mummy Haslinah pula datang memantau kelas. Waduh.....waduh....itulah sebabnya kelas kami sentiasa bersih dan ceria. Terima kasih cikgu dan kawan-kawan kerana sentiasa bekerjasama memastikan kelas bersih dan ceria.
(Sepanjang masa)

Balik kampung......ohhh..ohhh..balik kampung.....hati girang.......
Setiap pelajar tidak sabar-sabar menunggu hari Jumaat. Terutamanya pada 4hb Jun. Semua ternanti-nanti loceng panjang dari pihak sekolah.Apa yang diajar oleh guru dihadapan seperti kapas ditiup angin. Langsung tidak singgah dikepala otak kami. Wajah ibu dan ayah terbayang-bayang difikiran. Terasa-rasa masakan mak yang lazat di anak tekak kami. Terimbau-imbau menangguk ikan di muara sungai bersama ayah.Ahhhh......kemanalah agaknyanya ibu dan ayah nak ajak berjalan, kan? (4hb Jun 2010)

Bacaan Yassin Mingguan.
Ya, Sin.......(hanya Allah sahaja Yang Mengetahuinya.)
Semua pelajar diwajibkan membaca surah Yassin pada setiap minggu hari Jumaat. Ya Allah, jadikanlah kami anak yang cerdik, berakal, berilmu dan beramal kepadaMu Ya Allah. Semoga hati kami dipermudahkan dalam menerima ilmu yang guru-guru ajar kepada kami.

Menservis dan Membaiki Kerosakan Peti Sejuk dan Penyamanan Udara.
Inilah core subjek kami. Menservis dan membaiki. Dengan harapan setelah tamat persekolahan kerja-kerja menservis dan membaiki dapat diaplikasikan dalam pekerjaan kami. Untuk meningkatkan kemahiran, kami boleh melanjutkan pelajaran di politeknik, kolej komuniti, ILP, IKM, LLPPKK,UTM dan sebagainya.








Tuesday, June 22, 2010

Bagaimana Sebuah Penyamanan Udara Bekerja


Cara kerja peti sejuk dan penyamanan udara bekerja adalah sama. Perbezaannya ialah peti sejuk menyejukan dalam kuantiti yang kecil, dalam ruangan yang disediakan dalam peti sejuk. Manakala penyamanan udara menyamankan sesebuah bilik, rumah atau pejabat urusan perniagaan.

Penyamanan udara menggunakan bahan kimia yang mudah ditukarkan dari gas ke cecair dan dari cecair ke gas semula. Bahan kimia ini digunakan untuk memindahkan haba daripada udara dalam bilik ke luar bilik. Bahan kimia ini dikenali sebagai bahan pendingin.

Tiga komponen penting dalam menjalankan sistem penyamanan udara ini ialah pemampat, pemeluwap dan penyejat. Pemampat dan pemeluwap biasanya berada diluar bilik. Penyejat pula berada di ruang yang ingin didinginkan.

Bahan pendingin akan memasuki pemampat berbentuk gas, bersuhu rendah dan bertekanan rendah. Pemampat akan memampatkan bahan pendingin. Pemampatan ini menyebabkan molekul bahan pendingin padat, rapat dan meninggikan tenaga serta suhunya.

Bahan pendingin meninggalkan pemampat dalam bentuk gas yang bersuhu tinggi dan bertekanan tinggi. Bahan pendingin akan beredar ke pemeluwap. Jika anda lihat di bahagian luar penyamanan udara, anda akan dapat melihat banyak sirip disekeliling pemeluwap. Sirip ini berfungsi seperti radiator kereta dimana membantu menyingkirkan haba dengan cepat.

Apabila bahan pendingin meninggalkan pemeluwap, suhunya semakin rendah dan berubah dari gas ke cecair yang masih bertekanan tinggi. Cecair bahan pendingin mengalir ke penyejat melalui saluran yang berlubang sangat halus dan sempit (saluran ini dikenali sebagai peranti pemeteran). Dengan itu, tekanan bahan pendingin jatuh menjadi rendah.

Di penyejat cecair bahan pendingin akan bertukar kepada gas kerana menyerap haba daripada udara disekeliling udara dalam bilik. Penyejat juga mempunyai banyak sirip untuk membantu penyerapan haba dengan lebih berkesan.

Bahan pendingin yang meninggalkan penyejat berbentuk gas, bersuhu rendah dan bertekanan rendah akan memasuki pemampat. Maka proses pemampatan bermula semula. Proses ini akan berterusan sehingga suhu bilik mencapai suhu pilihan pengguna. Bebuli termostat akan memutuskan sistem penyamanan udara apabila suhu pilihan telah tercapai dan menghidupkan semula penyamanan udara bila suhu bilik mulai meningkat.

Asmirin.

Monday, June 21, 2010

Chlorofluorocarbons ( CFC )


Kloroflorokarbon atau CFC (juga dikenali sebagai Freon) adalah bahan bukan toksid, tidak mudah terbakar dan tidak menghakis. CFC mengandungi atom florin, atom karbon dan atom klorin. 5 CFC utama termasuklah CFC-11 (trikloroflorometana - CFCl3), CFC-12 (diklorodiflorometana - CF2Cl2), CFC-113 (triklorotrifloroetana - C2F3Cl3), CFC-114 (diklorotetrafloroetana - C2F4Cl2) dan CFC-115 (kloropentafloroetana - C2F5Cl).

CFC digunakan dengan meluas sebagai bahan pendingin dalam penyejukan dan penyamanan udara. CFC amat berkesan dalam kerja-kerja pembersihan, digunakan dengan khusus pada bod litar elektronik, sebagai agen penyembur dalam produk busa (contohnya penyembur api) dan sebagai bahan pendorong dalam aerosol. Sesungguhnya, banyak daripada kehidupan moden pada abad ke 20 ini menggunakan CFC.

Walaubagaimanapun, pencipta penggunaan CFC adalah penyebab utama kepada kesusutan ozon stratosfera. CFC mempunyai jangkahayat antara 20 hingga 100 tahun dalam atmosfera dan membebaskan atom klorin secara konsisten daripada molekul CFC. Pembebasan atom klorin ini akan menyebabkan banyak kerosakan, memusnahkan molekul ozon untuk jangka masa yang lama. Dengan itu, walaupun keluaran CFC di dunia membangun telah dihentikan secara besar-besaran bertepatan dengan perjanjian kawalan antarabangsa, kemusnahan lapisan ozon stratosfera tetap berterusan sehingga abad ke 21.

Saturday, June 19, 2010

kami dah kembali ke sekolah......

salam...
hye, smva..
kami semua dah kembali ke sekolah..
kami harap tiada apa akan berlaku..
hrp kwn2 smue dah siap homework.. erm..
jgnlpe kte semua akn exam besar tahun niey..
jd mari la sama gegar kan ppu k..
sekolah.......................
kami 5 ppu dtg......!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ok lah..
semoga kita semua akan berjaya dalam segala2nya..

Friday, June 18, 2010

hari untuk kembali ke sekolah tlh tba..............!!!!!!!!

salam..
mcm mne kwn-kwn da ciap smue kje sek yg d bg smasa cuti..??????
hrp smue da ciap la ye...
jgn t hr isnin dpt anugerah sdh...
jgn mlukn ppu k..
kte kn mhu jd plajar yg dsenangi oleh guru dan org lain..
ok la..
selamat kembali ke sekolah...

Sunday, June 13, 2010

Penemuan Awal Penyejukan


Penyejukan ialah Perindustrian menyimpan makanan yang mula menjadi kepentingan perdagangan pada kurun ke 18. Penemuan awal Penyejukan dimana ais yang didapati di kolam atau di tasik pada musim sejuk dipotong dan disimpan di bilik yang berpenebat digunakan pada musim panas.

Pada tahun 1834 seorang jurutera Amerika iaitu Jacub Perkins telah mencipta sejenis alat pembuatan ais yang kemudiannya tercipta sistem pemampatan.

Pada tahun 1855 seorang jurutera German memperkenalkan alat Penyejukan Penyerapan (absorbtion system) berdasarkan oleh Micheal Faraday pada tahun 1824 (sistem pengewapan).

Pengeluaran ais buatan menjadi penting pada tahun 1890 apabila ais asli mula berkurangan. Sejak itu pertumbuhan industri Penyejukan Mekanikal bertambah. Pada tahun 1913, J.M Larsen mengeluarkan sistem Penyejukan Mekanikal(peti sejuk) dengan kawalan manusia. Kemudian pada tahun 1918 Kelvinator mengeluarkan Peti Sejuk automatik untuk pasaran Amerika sahaja. Pada tahun tersebut juga 67 unit telah dijual dan antara tahun 1918 hingga 1920 sebanyak 200 unit telah terjual.

Unit Penyejukan jenis Hermatik atau seal yang pertama diperkenalkan oleh General Electric pada tahun 1928. Alat tersebut dinamakan Monitor Top. Pada tahun 1927 Electrolux mengeluarkan sistem Penyerapan Automatik. Peyejukan aotumatik iaitu Penyamanan Udara untuk keselesaan manusia atau haiwan didapati pada tahun 1927. Pada awal 1930, Penyamanan Udara Automobil meluas digunakan. Selepas 1940, semua unit Penyejukan yang digunakan adalah jenis tertutup dan sistem berkeupayaan besar juga mula dibuat dan digunakan. Pada masa sekarang penemuan-penemuan industri Penyejukan dan Penyamanan udara yang menakjubkan telah meluas dikeluarkan dan digunakan. Hampir semua syarikat yang terlibat pada masa kini memikirkan bagaimana untuk mengurangkan penggunaan arus elektrik dan memberi keupayaan yang lebih kepada pengguna.


Asmirin

Maklumat Guru-guru PPU

Guru Kelas
A. Pn Haslina binti Semon
B. Pn Rosmeza binti Othman

Penyejukan
En Mohammad Nazri bin Yusof

Penyamanan Udara
Pn Rosmeza binti Othman

B. Melayu
Pn Siti Fauziah binti Abdul Aziz

B. Inggeris
Pn Aziah binti Osman

Matematik
Pn Haslinah binti Semon

Applied Science
Cik Radiah binti Taip

Sejarah
Pn Noor Hasleena binti Nordin

Pendidikan Islam
Pn Siti Sarah binti Ahmad Kusairi

PJK
En Kamalul Ariffin

Saturday, June 12, 2010

Maklumat Pelajar-pelajar 5 PPU

kami semua ada 29 orang..

yang menjadi pemimpin kami ialah Mohd Farid.
*Dia pemain bola sepak di sekolah kita..
*seorang yang baik dan sopan..
*sentiasa menbuat orang lain senang dengannya..

Seterusya dia di bantu oleh Amirul Al-Fazdli.
*Dia wakil sukma untuk angkat berat..
*Seorang yang tak banyak cakap..
*mudah berurusan dengannya..

Setiausaha pula Nurul Hidayu.
*Dia wakil sekolah dalam lumba lari..
*Dia juga wakil bola jaring yang amat cekap.
*kawan yang baik..

Bendahari pula Norasmirah.
*Dia pengawas sekolah..
*Seorang yang baik dan bertanggungjawab..
*suka membantu kami..

Ajk kebersihan Ikhwan Fitri.
*Dia ajk asrama smva ( setiausaha)..
*Seorang yang bising dan selalu membantu..
*senang mengenali dia..

Ajk keceriaan Muhd Hazmi.
*pengerusi PRS..
*seorang yang suka menyakat..
*kawan yang ceria..

Dan ini ahli2 kami yg len..

#Abdul Arif..
*seorang yang pendiam..
*baik dan mudah bekerja dengannnya..

#Amer Aiezad
*Pernah dapat anugerah utk pu..
*seorang yang kuat menyakat..
*sentiasa membantu kawan..

#Ammar Syahid.
*seorang yang sederhana..
*senang mengenali beliau..

#Basirat
*Ajk asrama..
*seorang yang suka mengacau..
*Sentiasa buat org ketawa..

#Helmi Izzudin.
*seorang yang kelakar..
*sentiasa membantu kawan..

#Fareez Shahir.
*Seorang yang periang..
*senang untuk dijadikan kawan..

#Faizzuddin.
*dia seorang yang heppy..
*seorang yang suka membantu..

#Ismar Izzuddin..
*dia ahli lembaga koperasi..
*seorang yang suka menyendiri..

#Mohd nadzrin.
*Dia ialah PSS..
*Seorang pelajar nakal dan kelakar..

#Muhd Asyraaf.
*Dia sebagai PRS..
*seorang yang kelakar dan menyenangkan...

#Mohd Faiz.
*Dia pelajar yang baik..
*seorang yang suka buat orang ketawa..

#Mohd shahrizan.
*Dia sebagai PSS..
*Seorang yang sangat pendiam..

#Muhd adam.
*Dia atlet sekolah..
*seorang yang sangat kelakar dan menceriakan kelas..

#Muhd saddiq.
*Dia pelajar yang rajin..
*seorang yang sangat mudah berbincang..

#muhd hallaj.
*Dia bekas pemain rugby..
*seorang yang sangat periang..

#Muhd Hafiz
*dia pelajar paling nakal di kelas..
*seorang yang huru-hara..

#muhd khairul.
*Dia pelajar yang suka bersendiri..
*seorang yang suka membantu..

#Mohd taufiq.
*Dia pelajar yang selalu naik pentas..
*seorang yang selamber..

#Norafidah.
*dia pelajar periang..
*seorang yang paling bising dalam kelas..

#Nurul Amalina.
*Dia seorang pengawas..
*seorang yang suka membantu...

#zulfitri shamsul.
*Dia ialah PSS..
*Seorang yang pendiam..

#Zulfitri zainal Abidin.
*Dia olahragawan sekolah,pemain rugby..
*seorang yang sangat ceria..

#Zaidy Hairy Putra.
*Dia Pemain rugby sekolah..
*seorang yang periang dan sungguh ceria..

Friday, June 11, 2010

Kerja Sekolah

Assalamualaikum......

Kawan-kawan, hari ni genap seminggu kita bercuti. Macamana cuti korang semua. Enjoy.....???
Harap semua gembira disamping ibu-bapa yang dikasihi.

Namun begitu, jangan lupa kerja sekolah yang wajib kita siapkan sebelum naik cuti ni. Ingat.....jangan buku-bukupun cuti. Bola, bola juga. Sukma,sukma juga. Kami tak nak habuan yang sedap dari cikgu Jebat. Kami juga tak nak dengar alunan lagu power cikgu Miza. Cikgu-cikgu lain tu pun boleh tahan juga tu. So....doing your homework. Start Today Not Tomorrow.

Asmirin
7.39am

Tuesday, June 8, 2010

kebingungan..


KAMI PENING..
atas ketiadaan guru pembimbing kami sepasukan kebingungan..tidak tahu ingin membuat ape lagi bagi mencantikkan blog kami..Tambahan lagi kami sepasukan dudok berjauhan..Seorang di Nilai , seorang di Bangi dan seorang lagi di Kuala pilah..Cuma hand-phone sahaja yang boleh digunakan untuk kami berhubung sesama kumpulan..

Wednesday, June 2, 2010

Usaha tungkus lumus AJK Blog PPU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, 2 Jun 2010 lahirlah blog 5PPU 2009/2010. Dengan adanya blog ini diharap semua pelajar 5PPU akan memanfaatkan blog ini untuk meningkatkan ilmiah diri dengan pautan soalan-soalan latihan yang akan dikemaskini dari masa-kesemasa. Artikel-artikel yang berkaitan dengan Penyejukan dan Penyamanan Udara juga akan dipautkan dengan blog ini. InsyaAllah, kami akan berusaha memautkan soalan-soalan yang berkaitan dengan mata pelajaran akademik.

Harapan kami, semua pelawat dapat memberi komen-komen yang membina agar blog ini dapat memberi manfaat yang amat berkesan kepada anda.

Ikhlas dari kami,

Asmirin.