Minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun.
Minggu peperiksaan pertengahan tahun amat menguji minda kami. Kami perlu bertungkus-lumus mengulangkaji. Peperiksaan ini amat menghampiri peperiksaan sebenar SPM. Ya Allah, berilah kejayaan yang cemerlang kepada semua pelajar 5PPU didalam SPM 2010 ini. Kami akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan atau sekurang-kurangnya mengekalkan gred purata Panitia PPU. (18 Mei - 27 Mei 2010)
Mematuhi Jadual bertugas.
Semua pelajar sentiasa mematuhi jadual bertugas mingguan untuk memastikan kebersihan dan keceriaan. Sebelum waktu pembelajaran, Mama Miza sentiasa datang memeriksa tahap kebersihan kelas. Waktu rehat pula, Papa Azmi pula datang memeriksa tahap keceriaan kelas. Antara waktu pembelajaran, Mummy Haslinah pula datang memantau kelas. Waduh.....waduh....itulah sebabnya kelas kami sentiasa bersih dan ceria. Terima kasih cikgu dan kawan-kawan kerana sentiasa bekerjasama memastikan kelas bersih dan ceria.
(Sepanjang masa)
Balik kampung......ohhh..ohhh..balik kampung.....hati girang.......
Setiap pelajar tidak sabar-sabar menunggu hari Jumaat. Terutamanya pada 4hb Jun. Semua ternanti-nanti loceng panjang dari pihak sekolah.Apa yang diajar oleh guru dihadapan seperti kapas ditiup angin. Langsung tidak singgah dikepala otak kami. Wajah ibu dan ayah terbayang-bayang difikiran. Terasa-rasa masakan mak yang lazat di anak tekak kami. Terimbau-imbau menangguk ikan di muara sungai bersama ayah.Ahhhh......kemanalah agaknyanya ibu dan ayah nak ajak berjalan, kan? (4hb Jun 2010)
Bacaan Yassin Mingguan.
Ya, Sin.......(hanya Allah sahaja Yang Mengetahuinya.)
Semua pelajar diwajibkan membaca surah Yassin pada setiap minggu hari Jumaat. Ya Allah, jadikanlah kami anak yang cerdik, berakal, berilmu dan beramal kepadaMu Ya Allah. Semoga hati kami dipermudahkan dalam menerima ilmu yang guru-guru ajar kepada kami.
Menservis dan Membaiki Kerosakan Peti Sejuk dan Penyamanan Udara.
Inilah core subjek kami. Menservis dan membaiki. Dengan harapan setelah tamat persekolahan kerja-kerja menservis dan membaiki dapat diaplikasikan dalam pekerjaan kami. Untuk meningkatkan kemahiran, kami boleh melanjutkan pelajaran di politeknik, kolej komuniti, ILP, IKM, LLPPKK,UTM dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment