Sunday, July 11, 2010

Ceramah Sempena Israk dan Mikraj.



9 Julai yang lalu pihak sekolah telah menjemput Ustaz Nur Salam - Pendakwah Bebas dari Indonesia untuk memberi ceramah agama sempena Sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah. Semua pelajar nampaknya khusyuk mengikuti ceramah yang diberi. Keinsafan terpancar di wajah pelajar-pelajar. Terutama ketika ustaz cilik(Omar Al Farouk) pula menyampaikan ceramahnya. Dalam diri kami bertanya, dimanakah kami disisi Allah yang Maha Esa. Terimakah amal kami selama ini. Sesungguhnya selepas ceramah, kami menyedari banyak kekurangan dalam diri yang harus diperbaiki.
Namun begitu, kami amat bersyukur kerana dapat mengamalkan ayat untuk kecerdasan otak iaitu Surah Annur ayat ke 35. Mudah-mudahan kami dan semua pelajar dapat mengaplikasikan ilmu dalam ceramah ini dalam kehidupan seharian dan seterusnya berjaya dalam Peperiksaan SPM 2010. Amin.....

No comments:

Post a Comment