Monday, July 5, 2010

Kejayaan demi kejayaan.

Ragbi 7NS

Eh, eh! Semakin ramai pulak pelajar-pelajar 5PPU yang semakin menonjol. Zulfitri (Itik) dan Zaidy Hairy Putra (Town) semakin terserlah dalam arena ragbi. Terbaru naib juara 7NS. Cayalah Itik dan Town. Tapi.........Itik dan Town jangan pandai main ragbi, je. Lepas ni korang kena study hard. Terutama Itik, terlalu banyak yang perlu dikejar. Town jangan nak tersengeh2 pulak. Kau kena gak up kan markah sebab banyak subjek yang cukup2 makan je. Hehehehehe.....



Kuiz Bahasa Inggeris




Yang paling kami tak sangka bila diumumkan Abdul Arif memenangi tempat pertama kuiz BI. Ha!, betul ke ni. Dah umum, betul la tu. Bukan apa, Arif ni selalu tak hadir, tiba2 pulak nama nya menang. Dia tak hadirpun sebab ada masalah keluarga, namun arif seorang pelajar yang baik. Selepas kena 'kaunseling' ngan cikgu Miza tempohari nampaknya ada perubahan. Harap2 perubahan positif hingga SPM. Ikhwanpun boleh tahan gak. Dapat tempat ke tiga.

No comments:

Post a Comment