Wednesday, July 7, 2010

Pertukaran Pelajar Bukit Tinggi, Indonesia.



Pada 5 Julai 2010, empat orang pelajar dari Bukit Tinggi, Indonesia membuat lawatan pertukaran pelajar ke SMV Ampangan. Mereka akan berada di sini dari 5hb hingga 13hb Julai 2010. Berbagai program diatur untuk mereka. Tapi......mereka tak masuk kelas kami. Tiada masa untuk berkenalan dengan mereka kerana semua orang sibuk dengan urusan masing-masing.
Paling seronok apabila mereka melawat ke bengkel kami. Semua pelajar amat peramah bertanya khabar dan memberi pose yang istimewa untuk mereka. Sayangnya kami tiada kamera kerana tidak menyangka lawatan mereka ke bengkel. Harap2 dapat sekeping dua salinan gambar dari Cikgu Yusoff nanti.
Kami dapat tahu, lawatan itu kerana mereka bakal mengadakan kursus PPU dan ABM di sana nanti. Cikgu Nazri nampaknya amat gembira dan menawarkan diri menjadi guru disana. Alah.......Cikgu Nazri janganlah pergi. Dah tak sayang kami lagi ke? Walaupun kami nakal, kami tetap sayang akan Cikgu Nazri.

No comments:

Post a Comment